top of page

Matlamat Kami

1. Untuk menyemai rasa kebanggaan dan kesetiaan bersama sebagai anak negeri Kedah.

2. Untuk menggalakkan integrasi sosial dan hubungan rapat dikalangan ahli dan keluarga mereka.

3. Menganjurkan aktiviti sosial, sukan, rekreasi dan aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada ahli dan pertubuhan.

4. Menggalakkan dan mempromosi perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kualiti hidup serta perkara-perkara yang berkaitan yang memberi manfaat kepada kesihatan.

5. Membantu, menyokong, mempromosi serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan program anjuran kerajaan yang dapat memberi manfaat bersama.

6. Mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang memberi manfaat kepada ahli dan pertubuhan.

7. Tidak bersifat politik dan mewujudkan hubungan yang baik antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih untuk kepentingan bersama. 

8. Selain menubuhkan suatu dana untuk tujuan asal iaitu menyediakan bantuan kebajikan kepada ahli HAKeM dan keluarga terdekat mereka, juga turut serta dalam kegiatan organisasi amal yang lain yang melibatkan orang kurang upaya, orang tua, orang yang dalam keuzuran dan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

9. Mengumpul dana dan menerima sumbangan untuk tujuan dan matlamat persatuan daripada semua sumber asalkan tidak melanggari undang-undang dan syarak.

10. Membeli, gadai janji, memindahkan, menyewa, memiliki tanah dan premis yang dianggap bermanfaat kepada pertubuhan.

Our Mission

Kami Perlu Sokongan Anda Hari Ini!

© 2018 Hakcipta Himpunan Anak Kedah Malaysia
HAKeM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini

bottom of page